entry kali ini masih lagi aku nak bercerita tentang OKU..korang sedar tak apa maksudnya OKU itu??
OKU adalah singkatan untuk orang kurang upaya..ni yang berlaku pada aku dan gendut ku..kalo korang tau.gendut aku tu OKU..
nak dipendekkan cerita..kami berdua menaiki KOMUTER untuk balik kampung gendut..korang tau je laa kan..negara kita ni bukan nya mesra OKU sangat macam digembar-gemburkan dalam berita atau mane2 je laa.. bukan nya aku nak menunding jari..benda ni berlaku pada ku dan gendut..
masih banyak yang perlu diperbaiki oleh kerajaan..contohnya..kalo naek KOMUTER tu..dari arah rumah ku ke KL SENTRAL..kena naik jejantas sebab hala tren tu di seberang sana.. nak tau x?? xda lif untuk kegunaan OKU..gendut cakap padaku "tak mesra OKU langsung.." aku terdiam..
kami pon naek tren..kemudian tukar tren di KL SENTRAL..kami menaiki tren lagi untuk ke SEREMBAN..
nak tau tak..tak ada sapa pon nak bangun kemudian bagi gendut duduk..ni bukan aku marah sebab pakwe aku yang kena tapi masalahnya kenapa laa rakyat MALAYSIA ni kurang upaya di otak..
bukan satu dua stesen je kami berdiri..tapi gendut ku terpaksa berdiri dari KL SENTRAL hingga ke NILAI..bayang kan laa betapa jauhnya nya seorang insan yang kurang upaya terpaksa berdiri.. sedangkan kita yang cukup sempurna kejadian-NYA pun mengeluh kena berdiri lama..
tak usah laa mengaku anak MALAYSIA..sedangkan bangsa sendiri yang lemah pun tak nak bantu..tak perlu nak laung kan sangat kalau tak amalkan rukun negara..tapi korang ingat ke rukun negara..?
pada penumpang2 perkhidmatan awam..bantu laa insan yang kurang upaya ini..kalo ini terjadi pada abang,kakak,adik atau keluarga korang pun..mesti korang sedih di layan sebegitu rupa..kan??
dan pada pihak2 yang bertanggungjawab..buka laa mata anda luas2..jangan hanya terima duet tapi tak laksanakan tanggungjawab anda sebagai pemimpin..
No comments:
Post a Comment