aku tertarik bila terbaca tentang seorang gadis yang pada ketika itu hanya berusia 17 tahun...cerita ini berlaku pada lewat tahun 1988 sehingga awal tahun 1989..aku pun lahir pada tengah tahun itu..apa yang aku nak ceritakan ini sememangnya luar dari imaginasi kite..cerite ini berlaku di Jepun..
Junko Furuta nama gadis tersebut terpaksa menempuhi penderaan dari segi mental dan fizikal selama 44hari..bayangkan lah..aku mulakan dengan hari pertama penyeksaan yang menyayat hati ini..
hari pertama : 22 November 1988
junko diculik! junko dipaksa menyamar menjadi kononnye dia girlprend salah seorang sayton untuk mengaburi mata makbapak budak tu..junko ditawan di rumah tersebut..junko juga dipaksa menelefon makbapak nye mengatakan bahawa dia lari dari rumah..dia sekarang bersama seorang kawan dan berada dalam keadaan selamat..beliau dirogol lebih 400 kali (secara total nye)..junko dibiarkan kelaparan dan kemudian nye diberi lipas serta air kencing sebagai makan minumnya..dipaksa berbogel di hadapan penculik2 tersebut..dimasukkan benda asing ke dalam vagina dan dibakar kulitnye dengan lighter..
hari ke-11 : 1 Disember 1988
junko dipukul teruk beberapa kali sehinggakan tangan nye diikat ke atas siling..dan tubuh badan nye dijadikan punching beg..dumbell dijatuhkan ke atas perutnye..hidung beliau dipenuhi oleh darah..memaksa junko untuk bernafas melalui hidung..junko muntah beberapa kali kerana meminum air (perutnye tidak dapat menerima lagi).. rokok dibakar di tangannye kerana cuba unuk melarikan diri..cecair mudah terbakar ditumpahkan ke atas kakinye dan dibakar..botol juga dimasukkan ke dalam vaginanye hingga menyebabkan kecederaan..
sanggup ke anda membaca seksaan yang seterusnya??
hari ke-20 : 10 disember 1988
junko tidak dapat untuk berjalan dengan betul kerana bahagian kakinye sudah terbakar teruk.. dipukul dengan kayu buluh, bunga api dimasukkan ke dalam vaginanye dan dinyalakan api..
dipukul dengan kayu golf dan batang besi beberapa kali..lidi ayam dimasukkan di bahagian vagina dan duburnye sehingga berlaku pendarahan..tangannya hancur teruk kerana dihempas dengan pemberat dan kukunye retak..
hari ke -30
lilin panas dititiskan di mukanya..kelopak mata dibakar dengan lighter..dicucuk dengan jarum jahit di bahagian dada..puting kirinye dipotong..mentol panas dimasukkan ke dalam faraj..
dan kemudiannya dimasukkan pula gunting..tidak dapat membuang air kencing dengan betul.. ini adalah seksaan junko setelah sebulan diseksa oleh sayton2 ni..dahsyatkan?
hari ke-40
junko merayu agar membunuh nya sahaja..
1 Januari 1989
junko meyambut tahun baru seorang diri..badan nye rosak sehinggakan beliau tidak boleh berjalan..
hari ke -44 : 4 Januari 1989
junko dipukul habis-habisan..mulut dan hidungnya penuh dengan darah..menjadi alas untuk 4 ekor sayton tuh bermain mahjong..mereka juga meletakkan nyalaan lilin di badan dan di muka junko..
bendalir mudah terbakar dituangkan ke perut,kaki serta lengan dan muka..kemudian nye dibakar..penyeksaan tu berlaku selama 2 jam.. Junko Furuta meninggal dunia lewat hari itu..dan tida apa dapat dibandingkan dengan penyeksaan selama 44 hari tersebut..
dan apabila ibunya mendengar berita kematian anaknya itu..diceritakan secara terperinci tentang penyeksaan yang terpaksa junko hadapi..mak junko pengsan dan dirawat sebagai pesakit luar psikitari..kesian kan..masya-allah.. seksanya tak dapat dibayangkan..
apa yang berlaku pada 4 ekor sayton tu?? hm..mereka dibebaskan sebabkan kes juvana..tapi dowg kena laa bayar denda dan dipenjarakan..tapi kalo nak dibandingkan peyeksaan junko tu..memang tak setimpal laa..aduyaii..
ini adalah kisah benar yang berlaku di jepun kira2 22 tahun yang lalu..dan aku..hanya sekadar ingin berkongsi saja..yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan..selamat membaca..
No comments:
Post a Comment