aku baru lepas baca blog owg laen yg mengatakan bahawa kualiti filem malaysia harus diperbaiki.. aku juga ingin melemparkan pendapatku tentang isu ini..sememangnya kite perlu mengambil langkah yang besar untuk menaikkkan kembali kualiti filem malaysia..
bagi pendapat ku..kebanyakkan filem malaysia mempunyai jalan cite atau pun ending yang sama dgn cite yg laen..sering kedengaran owg akan cakap
"buat pe nak tgk cite melayu..ending same je.."..
kadang2 bile aku balik dari tengok wayang..aku cakap pada pakcik ku.." baru lepas tgk cite melayu kt wayang.." dengan pantas pakcik ku menjawab.."rugi je ko tgk kt wayang..tunggu je raya..nnt mesti kuar punye laa cite tuu.."..
bagi ku..kualiti sesuatu cite tu tletak pada mesej yg ingin disampaikan pada penonton..sekiranya mesej tu sampai kepada penonton..jadi berjaya lah filem itu tuk menarik penonton.. kite kena bawa transformasi dalam industri perfileman kite.. sampai bila owg akan cakap.."alaa..typical malay story.." mungkin kata2 ini membingitkan telinga pengarah atau penerbit filem kite..namun kite kenalah fikir positif..
aku turut berpendapat mungkin suatu hari nanti filem kite akan setanding filem luar negara...kite juga harus faham bahawa industri perfileman kite tidak cukup kelengkapan dan teknologi canggih untuk melahirkan filem yang bermutu tinggi..
aku harap pendapat ku yang tak seberapa ini mampu buka mata pelbagai pihak..bukan niat untuk menjatuhkan sesiapa tapi.. aku sekadar berkogsi pendapat dengan sume owg.. dan aku sentiasa menyokong industri filem malaysia!
No comments:
Post a Comment