lagenda mahsuri


Setiap kali aku mendengar PULAU LANGKAWI..aku menjadi tertarik dengan keindahan tempat tersebut walau pun aku belum menjejak kan kaki ku ke bumi HELANG itu..namun ada sebuah kisah yang bagi ku terlalu misteri..LAGENDA MAHSURI..aku menjadi tertarik dengan kisah ini..niat ku hanyalah untuk berkongsi apa yang aku minat..dikatakan sumpah mahsuri tamat apabila lahirnya keturunan ke-tujuh mahsuri iaitu wan aisyah wan nawawi..insya-allah

"mahsuri atau lebih di kenali sbagai puteri mahsuri dilahirkan oleh pasangan pandak mayah dan mak andam (ada juga yang menyatakan mak endah alang) pada ujung kurun ke-18 di sebuah kampung yang bernama kampong ulu Melaka,langkawi..kejelitaan dan kecantikkan mahsuri menjadi buah mulut dan mendatangkan cemburu orang tempatan terutamanya kaum wanita..kemudian, mahsuri dikahwin kan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu wan derus..yang merupakan wakil sultan di langkawi.. dikatakan ketika mahsuri hamil..wan derus keluar dari langkawi (ada yang mengatakan beliau pergi berperang dengan tentera siam)..sepanjang ketiadaan wan derus..mahsuri tinggal bersama ibu bapanya..dan ketika itu juga deramang iaitu seorang pengembara (penyair) singgah di langkawi dan menumpang di rumah ibu bapa mahsuri untuk mengajar bersyair..namun, wan mahora (ibu mentua mahsuri) cemburu kerana kepandaian deramang bersyair menaikkan nama mahsuri..kelahiran anak mahsuri mencetuskan fitnah apabila wan mohara menuduh mahsuri menjalinkan hubungan sulit dengan deramang.. Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya..

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah."


s

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...