pernah kita bertanya pada diri kita..lelaki yang macam manakah kita nak untuk dijadikan suami..perlukah dia macam seromantik pelakon NORA ELENA atau segagah pelakon KL GANGSTER..atau mungkinkah setegas pelakon CINTA ELYSA..
mesti di kalangan kita mengidamkan pelakon 2 yang tampan di luar sana.macam aku ni..idamkan AARON AZIZ..haha..tengok laa gaya dia berlakon..dengan badan dia yang menawan kalbu..perghh! meleleh air liur kot..
tapi kalau nak mengikut syariat islam..kita kena la pilih first, agamanya dan seterusnya..tapi zaman sekarang..masih adakah yang masih berpegang pada syariat islam tuh??
marilah kita pilih a,b,c atau d...:
A) KACAK..
~" aku nak laki aku nanti muka macam pelakon CINTA ELYSA tu.."
~ bukan kita yang tentukan samada bakal suami kita tu kacak,hensem dan bergaya.. bak kata nenek aku..yang kita nak tak semestinya dapat..lagipun, kekacakan atau kecantikan tu ka subjektif.. pernah kita tanya pada diri kita..sejauh manakah kekacakan atau kecantikan itu akan berpanjangan? kacak atau Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.
B) KAYA
~ kaya?? duit?? banglo?? BMW?? itu ke tiket jaminan korang untuk hidup bersama dia hanya sebab dia kaya??
sayangku..Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
C) KETURUNAN
~ada apa pada pangkat atau nama??bukannya boleh bawa sampai ke mati pon..
~Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun. Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.D) CINTA

untuk readers..tepuk dada..tanya selera..bakal suami yang macam mana kita nak..pentingkah semua ini..? hanya anda ada jawapannya..
No comments:
Post a Comment