oh..ibu!!


"Ibu mengertilah Aku sengsara Lemas berendam Air mata Rendang kasihmu Dalam gelora Jadi rebutan Selamanya"


ni luahan aku..seorang anak sulung..seorang anak pada seorang insan yang bergelar emak..
kalau siapa yang tidak mengenali aku..mesti akan berkata....

"eeh..kurang ajarnya dia cakap dengan mak dia macam tu."

tapi fahamilah insan di luar mengapa aku bertindak sedemikian rupa..aku hanya seorang anak..yang hanya mahukan perhatian dari seorang emak dan kasih sayang tiada bandingannya..tidak membezakan sayangnya padaku dengan yang lain..

aku mengerti..emak menjaga aku masa di ICU..menangis ketika sedang melihat aku bertarung nyawa..namun,aku seolah-olah tidak dapat merasakan kasih sayangnya semasa aku sihat..semasa di rumah..kami jarang berborak..jarang berbual..apatah lagi mahu

bergurau senda..namun, aku bersyukur pada ALLAH..kerana sekurang-kurangnya
aku dapat merasakan kasih sayang seorang emak..

mak,seandainya mak membaca blog ini..akak mahu memohon ampun dan maaf atas setiap inici kesalahan akak pada emak..tidak terdetik di hati ini mahu menyakiti hati mak..
percayalah mak..akak nak lihat wajah kegembiraan mak yang dah lama hilang..

mak, pe yang akak cakap dulu, sekarang dan kemudian hari adalah luahan hati akak.. tapi bukan semua yang akak luahkan.. akak mungkin anak yang derhaka pada mak kerana sering kali menyakiti hati mak tapi akak sayang sangat pada mak..

mak, kalau mak tertanya kenapa anak-anak mak dah tak rapat ngan mak..mak kena ambil masa dan fikir..apa yang buat kami jarang dan tak rapat dengan mak..? mak, akak sentiasa doakan yang terbaek untuk mak..kebahagiaan mak..orang selalu cakap, doa anak yang baik dan solehah..cepat dimakbulkan ALLAH..tapi akak ni? yang sering buat mak marah..

mak, maafkan akak..halalkan segala makan minum akak.......
akak sayang mak!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...