cinta...CINTA..


suatu ketika dulu..jika di tanya apa itu cinta? aku sekadar menjawab cinta itu antara seorang lelaki dan seorang perempuan..aku tidak mengerti apa itu cinta..semakin lama aku hidup di dunia fana ini ..semakin aku fahami..cinta itu antara dua hati yang saling menyayangi.. aku mengenali cinta ketika aku berusia 17 tahun.. sukar aku fahami apa itu cinta pada masa itu.. dan masa itu juga aku faham..cinta sahaja tidak mencukupi untuk sesuatu hubungan itu.. kenapa aku berkata sebegitu? sebab kalau kata cinta itu cukup..kenapa harus mak dan ayah bercerai? sudah tidak adakah cinta itu? cinta aku pada manusia yang bergelar lelaki tidak pernahnya kekal.. aku menjadi bingung..kenapa begini? kini aku sudah berganjak ke usia 21 tahun.. aku teringat ketika sekolah agama dahulu.. satu nasyid membawa aku kembali..
"cintakan bunga..
bungakan layu..
cintakan manusia..
manusia akan mati..
cintakan nabi..
cinta sejati...
cintakan ALLAH..
cinta abadi..."

~aku bukannya hamba ALLAH yang solehah..sungguh kedil rasanya diri ini di-sisiMu..
aku mengharap ..semoga KAU memberiku petunjuk ke arah jalan yang benar..ke arah jalan yang mendapat keberkatanMu...AMIN.

"Tuhanku..
aku tidak layak..
untuk SyurgaMu...
tetapi aku tidak sanggup....
menanggung..
seksa NerakaMu..
oleh itu kurniakanlah..
kepadaku..
ampunkanlah dosaku...
sesungguhnya Engkau..
Maha Pengampun..
dosa-dosa besar..."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...