kisah Apek si Penjaga Gol...!


KUALA LUMPUR – Penjaga gawang gol skuad Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex hari ini mencabar mana-mana pihak yang menyebarkan kandungan Blackberry Messenger (BBM) yang memburuk-burukkannya agar tampil membuktikan kebenaran mereka.

Apex yang dihubungi oleh sebuah lama blog hiburan terkenal, Oh! Bulan, lewat tengahari tadi berkata, memang benar beliau mengenali Shida Harmi, namun perkenalan dan hubungan antara mereka tidak lebih dari sekadar kawan biasa.

“Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh,” tegas Khairul Fahmi.
“Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa.

“Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke,” jelas Apex panjang lebar.


Apex melahirkan rasa kesalnya dengan cubaan pihak-pihak tertentu yang cuba mencalarkan reputasinya ketika dirinya cuba memberikan fokus 100 peratus terhadap latihan dan perlawanan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu yang akan datang.

“Saya kesal apabila diri ini kerap dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang tidak henti-henti. Sesetengah orang di luar sana tidak henti-henti mencari kesalahan saya.

“Kalau cerita seperti ini keluar, memang tak menang tangan saya nak jawab panggilan telefon. Apa pun, saya perlu fokus kepada perlawanan akan datang. Game makin dekat ni!,” tegasnya.
Selain itu, beliau turut hairan tentang bagaimana gambar-gambar tersebut boleh jatuh ke tangan media dan yakin bahawa ia bukanlah dihantar oleh Shida Harmi sendiri.
“Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh. Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas,” katanya lagi kepada laman web yang sama.

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi yang tidak enak didengar, Apex tetap menjanjikan persembahan yang terbaik di setiap perlawanan agar semangat Harimau Muda sentiasa tersemat di kalangan peminat bola sepak tanahair.
 sumber: ohsyok!

P/s: ada sesetengah blogger berpendapat bahawa kisah apek bersama shida tak patut didedahkan di laman gosip kerana boleh mematahkan semangat peminat bola sepak negara..aieek?? takkan minat tengok bola sebab apek je?? bukan sebab mutu kualiti dia bermain ke? or sokong MALAYSIA ke?? lagipon, kalau tak dedahkan..lama2 peminat tahu jugak..tak gitu?? hm..pandai2 sendiri lah..hm..~~

OMG!! apek dengan pompuan laen??

kenal khairul fahmi che mat..? ala penjaga gol harimau malaya tuh..
amboi..jejari ni macam lancar je nak menaip pasal mamat sorang nih...
sedang aku mem'fokus'kan diri mencari web yang menawarkan 
pakej2 pertunangan yang berbaloi..

aku ternampak 1 laman web ni..
mengeluarkan kisah panas si kfcm dengan seorang pompuan..
eh! tak kan ngan laki kot..

well..bukan dahlia teck ye sayangku...tapi.....


who is this?? nak tahu ke??

aku malas nak komen lanjut pasal mamat ni..kalo bab game bola sepak..aku memang salute dia nih..tapi kalo bab macam nih...ntah laa der..sendiri mau jawab laa..~~

klik di sini ye :  situ..sana..sini...

marah pun agak2 lah der!!

nabila huda marah bekas suami dia?? amboii..nak canang bagi sume orang tahu ker cik senah oii..??



bukan itu je....ada lagi nih..haaduiii....




apa2 je lah nabila huda oi..asalkan kamu bahagia..

Anang and Ashanty bakal berkahwin..?

ehem..dulu kan kecoh yang konon nya..Anang bekas suami kepada Krisdayanti tuh bercintan cintun dengan pasangan duet nye iaitu Ashanty..betul ker?? 


alamak aii siah oi...nanti cik timah siasat ye.. hahah~





JAKARTA: Komposer dan penyanyi, Anang Hermanshah sah melamar pasangan duetnya, Ashanty ketika mereka bercuti di Beijing baru-baru ini. 
Hal itu diakui oleh Ashanty sendiri kepada wartawan di Jakarta, semalam.
“Syukur, akhirnya dia melamar saya. Selepas ini, akan ada orang yang akan melindungi saya,” kata Ashanty. 
Menurutnya, Anang memberikan cincin lamaran ketika mereka berada di atas kapal pesiaran bersama-sama Aurelle dan Azriel, anak Anang hasil perkahwinannya dengan Krisdayanti.
Dalam pada itu, pasangan itu dijangka berkahwin bulan depan. 
“Insya Allah, tahun ini. Harap semua bersabar. Saya pasti akan memberitahu tarikhnya sedikit masa lagi. “Ini sudah tentu berita baik dan kerana itu ia akan diumumkan supaya tidak timbul lagi tanda tanya,” kata Anang. 
Baik Anang mahupun Ashanty enggan memberi bayangan mengenai tarikh perkahwinan mereka.
“Persiapan sudah dilakukan. Hanya tinggal untuk diumumkan tarikhnya,” kata penggubah lagu itu. - Detik
sumber : hmetro 


apa2 pun cik timah doakan dorang happy selalu..hilang tumbuh patah berganti..


tak gitu cik senah??? hahaha~~

sempena awal muharram..


alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi..aku masih bernafas di bumi  ini Ya Allah..
Ya Allah..
Maha pengasih dan Maha penyayang...
Kau berkatilah hidup kami..
Kau murahkanlah rezeki kami..
Kau lindungilah kami dari segala bencana..
Ya Allah..
tiada Tuhan yang disembah melainkanMu..
Ya Allah...

aku bersyukur..
alhamdulillah.......
kepada sahabat handai..
kaum keluarga serta..
seluruh muslimin dan muslimat..

aku hamba Allah yang tidak berdaya ini..
memohon sejuta ampun..
andai ada salah dan silap..
terlanjur kata...
terkasar bahasa...
ampunkan aku..

semoga awal muharram kali ini..
kita dapat menginsafi segala perbuatan kita..
dan...
bermaafanlah kita sesama umat Islam..
buang yang keruh..ambil yang jernih..
amin~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...