zarina lagi??


 Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah mendedahkan telah menerima bayaran lumayan sebanyak AS$3400 (RM10,756) dari majalah hiburan terkenal negara jiran, FHM Indonesia untuk bergambar bagi majalah tersebut pada edisi Oktober yang lalu.

Menurut laman web hiburan terkenal, Oh! Artis.com, Zarina menerima tawaran tersebut kerana dia sememangnya meminati sesi ‘photoshoot’.



“I (saya) memang sukakan photoshoot (sesi bergambar),” katanya kepada laman web hiburan tersebut.Sebuah lagi laman web hiburan popular, Mediahiburan.com.my yang mendapatkan pelakon drama bersiri ‘Anak Pontianak’ itu secara eksklusif memberitahu bahawa Zarina bergambar seksi di majalah tersebut untuk mencari rezeki menampung kos sara dirinya.

“Saya perlu mencari duit untuk menanggung perbelanjaan hidup saya dan tawaran daripada majalah itu adalah satu cara untuk saya membuat duit,” kata Zarina kepada laman web tersebut.
Menurut Zarina lagi, dia tidak menyembunyikan perkembangan aktiviti seninya dan mendakwa pernah memberitahu sesi pergambaran tersebut kepada peminatnya melalui laman sosial Twitter miliknya.


“Saya tidak pernah menyorokkan hal ini daripada peminat saya. Peminat di Twitter tahu mengenai perkara ini lama sebelum hal sebenar tersebar,” jelas aktres itu yang sedang ditemui media di majlis pelancaran filem terbarunya, ‘Khon Malay’.

Di sebalik pelbagai kontroversi hangat yang sedang melanda dirinya, Zarina melahirkan rasa syukurnya apabila terpilih sebagai pelakon utama filem tersebut dan berterima kasih kepada pihak produksi yang masih mempercayai bakat lakonan yang ada padanya.


“Saya berasa bersyukur kerana masih mampu mencari rezeki di dalam bidang ini. Walaupun banyak terima penghinaan, ada pihak produksi yang masih percaya bakat yang ada pada saya. Betul kata ibu, doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan tuhan,” katanya di laman web hiburan yang sama baru-baru ini.

Mengakui pernah melakukan banyak kesilapan sebelum ini, Zarina turut menjelaskan bahawa dia rasa lebih selesa dengan dirinya sekarang dan tidak perlu berpura-pura lagi berhadapan dengan peminat industri hiburan tanahair.

“Saya akui, dahulu saya pernah melakukan kesilapan dan kerana kesilapan lalu, saya dihukum sehingga ke hari ini dan apa sahaja yang saya lakukan akan mendapat kutukan dan hinaan. Kini, saya lebih selesa menjadi diri saya sendiri dan tak perlu berpura-pura lagi,” katanya lagi.
 

oh! please lah zarina...

well..korang da kenal zarina nih?? alaa yang berpakaian separuh bogel dalam majalan FHM Indonesia edisi bulan lepas tuh..

kenal kan?? hmm..dia mengaku yang gambar2 dia dalam majalah tersebut bukan dari paksaan sesape..tapi dengan RELA HATI nye..

antara kenyataan zarina..:


“Sebenarnya pihak majalah FHM Indonesia pernah menawarkan saya untuk melakukan pengambaran foto sebelum ini sebanyak dua kali. Tetapi saya menolak kerana pakaian yang ditawarkan terlalu seksi iaitu lebih kurang berbikini.

“Tapi kali ini, saya menerima pelawaan mereka untuk bekerjasama dengan majalah FHM dari Indonesia selepas mendapati pakaian yang diberikan lebih tertutup, walaupun saya sedar akan ada blogger yang akan mengutuknya.

“Saya tidak peduli apa orang nak kata tentang diri saya. Ini kerana sejak menjadi artis apa jua tindakan yang saya lakukan semuanya akan diperkatakan oleh masyarakat.

“Jadi saya tidak mahu komen lebih lanjut. Cuma apa yang boleh saya katakan sekarang, saya telah bersetuju melakukan pengambaran foto itu kerana memang itu adalah pilihan saya sendiri.

“Kalau masyarakat masih mahu bercakap buruk tentang diri saya, itu terpulang kepada mereka kerana yang menanggung dosanya adalah saya,”
entah laa senah oii..suka ati ko laa..~~

fazura vs fasha sandha..

sapa suka fazura?? dan sapa pula suka fasha sandha? niat aku bukan laa nak membezakan artis2 ini..tapi aku sangat suka bila tengok fazura berlakon..nampak macam real je kan.. 
kalo si fasha tu, aku tak berapa minat.. sebab?? nampak macam lakonan semata2..
lagi2 dengar suara si fasha sandha tu terus ilang selera..opss~~

fazura looks more matured than fasha kan? dia pandai bergaya..sesuai dengan penampilan nye.. sedap laa mata ini nak memandang..hm..

memang tak nafikan kedua-duanya gediks..dan sering kali di kaitkan dengan VIP..or VVIP kan??

hm..nak cite panjang2 pon tak guna..korang nilai laa sendiri dari gaya penampilan fazura dan fasha sandha ketika majlis perasmian majalah LISA baru2 inih yee~ 
masing2 ada pendapat sendiri..begitu juga dengan aku..~


comey yee..so sweet~~


hot babe~~ opss~

tak sabar laa~


sapa minat novel OMBAK RINDU??
angkat tangan..

well..novel ini laa yang paling aku minat baca..
dan..
novel ini laa yang mencetuskan
minat aku terhadap bidang penulisan..

well..
pada siapa yang tak baca novel ini..
rugi..!

kalo korang nak tahu.
tak lama lagi...
akan keluarlaa..
filem ombak rindu..
yang di adaptasikan dari novel..

bila tayang??
1 disember 2011..
jangan lupa ye kawan2..
i love aaron aziz...
(hah...ada kaitan ke??)
hahah~
enjoy..!

lawa ke poyo??

lepas satu..satu gambar artis malaysia berpakaian seksi..
ni giliran fasha sandha pulak dapat tittle..
artis malaysia paling terseksi??
hah..
betul ke??

hot x fasha sandha niehh??

adoyaaiii..ni seksi ke seksa??

fasha2..da elok2 pakai tudung masa jom heboh kat kelantan..
duk pi tayang badan lagi..

ehemm..
laki sodap laa mato dowang nak pandang..
kalo pompuan?
bukan jeles..tapi..
malu laa cikit...
haaiii..entah laa....

bukan nak hentam..
tapi kalo pakai baju macam nie..
pak haji pon tak jadi g masjid..
opss~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...