wahai PEMANDU!

ari ni aku pergi ke hospital untuk blood test..n then time aku nak balik..aku berselisih jalan dengan sebuah kereta..pompuan yang bawa..dia keje nurse kt hospital aku pergi tuh..apa yang menarik mata aku ni nak tengok kete dia ialah dia bole pangku anak dia sambil memandu..anak dia pompuan dalam lingkungan 4 or 5 tahun kot..anak dia sedang tidur..adoyai..kak! bahaya lah memandu macam tuh..bukan nye tak ada orang duduk kat seat sebelah..apalah salahnya ko amek budak tuh..pangkukan..

"mungkin anak dia tak nak ngan orang"

cakap kawanku.. eish..pelik aku..takkan lah sekejap pon tak bole..aku pon ada adik baya macam anak dia tuh..tak da lak mak aku ni nak pangku adik aku..aku bukan apa..keselamatan tu penting..bukan niat aku nak hentam sana sini tapi niat aku sekadar saling ingat mengingati..kalo nyawa dah melayang..sesal pon tak guna..nasib baik tak ada polis trafik masa tuh..bahaya! jadi sama2 lah kita mengurangkan kadar kemalangan di negara kite nih...SAYANGILAH ORANG TERSAYANG!

Boys Over Flowers MV: Because I Am Stupid (꽃보다 남자)

aku sangat meminati cite BOYS OVER FLOWERS..sebab jalan cite yang sangat sedih..sampai menangs laa aku tengok cite nih dan sebab aku meminati KIM HYUN JOONG..ahahah..sangat2 encem..lagu pon best2..cube dengar lagu nieh..

lagenda mahsuri


Setiap kali aku mendengar PULAU LANGKAWI..aku menjadi tertarik dengan keindahan tempat tersebut walau pun aku belum menjejak kan kaki ku ke bumi HELANG itu..namun ada sebuah kisah yang bagi ku terlalu misteri..LAGENDA MAHSURI..aku menjadi tertarik dengan kisah ini..niat ku hanyalah untuk berkongsi apa yang aku minat..dikatakan sumpah mahsuri tamat apabila lahirnya keturunan ke-tujuh mahsuri iaitu wan aisyah wan nawawi..insya-allah

"mahsuri atau lebih di kenali sbagai puteri mahsuri dilahirkan oleh pasangan pandak mayah dan mak andam (ada juga yang menyatakan mak endah alang) pada ujung kurun ke-18 di sebuah kampung yang bernama kampong ulu Melaka,langkawi..kejelitaan dan kecantikkan mahsuri menjadi buah mulut dan mendatangkan cemburu orang tempatan terutamanya kaum wanita..kemudian, mahsuri dikahwin kan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu wan derus..yang merupakan wakil sultan di langkawi.. dikatakan ketika mahsuri hamil..wan derus keluar dari langkawi (ada yang mengatakan beliau pergi berperang dengan tentera siam)..sepanjang ketiadaan wan derus..mahsuri tinggal bersama ibu bapanya..dan ketika itu juga deramang iaitu seorang pengembara (penyair) singgah di langkawi dan menumpang di rumah ibu bapa mahsuri untuk mengajar bersyair..namun, wan mahora (ibu mentua mahsuri) cemburu kerana kepandaian deramang bersyair menaikkan nama mahsuri..kelahiran anak mahsuri mencetuskan fitnah apabila wan mohara menuduh mahsuri menjalinkan hubungan sulit dengan deramang.. Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya..

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah."


s

u are my everything...


selain dari family aku.. ada 2 insan yang paling penting dalam hidup aku..first sekali aku kenal kan MUHAMMAD SHUKOR BIN SELAN.. walaupun kami da tputus kasih (jiwang jap) ..dia tetap kawan baek ku..ahaha..selain kron, aku selalu mengadu nasib kat dia nih..memahami aku walaupun kadang2 dia cakap dia tertekan ngan perangai aku nih..ahahha..dia sentiasa manja kan aku..sume aku nak..dia akan cuba dapatkan walau pun dia tak mampu.. sangat comel..ahaha..bagi ku..dia insan teristimewa dalam hidup ku....thank you for everything!


aku nak cite pasal kawan ku..siti nurkhairunnisa iryani bt mohd nasir..she my best2 friend..kite owg kawan sejak sekolah rendah lagi..n then masuk lak sekolah menengah..dia masuk asrama jap..n then masuk blk ke ASSUNTA..ahaa..time tu xrapat sangat...dia dak pandai..ahaha...entah mcm mne leh rapat pon aku tak tahu..dia ni pendek..ketot..ahaha..kalo da lama xjmpe msti tnye aku...

"wey, ko rase aku da tinggi ke?"

..ahaha..naik berbuih laa mulut aku ni nk ckp kt dy..kadang2 bile dy ajak jumpe..aku selalu tolak..aku tahu dia kecik ati ngan perangai aku ni..nenek aku selalu bising..

"nnt kron kata ko sombong kak.."

hah..tu laa bebelan nenek aku..aku bukan tak nak jumpe tapi tak ada duit beb...SORRY!..dia ni baek sangat..selalu tolong aku bila aku ada masalah..bile da start study kt UITM..dy selalu akan call aku bile dy nanges... time dia nak FINAL EXAM..tak pon masa mama dia mara dia..ahahhaa....dia ni gile cikit (kadang2)..aku ni da bertukar2 BF..dia masih single..entah bila laa dia ni nk ada BF..pe2 pon..ko tetap BFF aku kron..! syg ko sgt2....


filem M.A.N.T.R.A


"Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri.Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

"Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi."

apa yang best tentang cite ini ialah mereka menggunakan mantra yang asli dan filem ini dijalan kan di penjara pudu sebelum ia dirobohkan...antara pelakon yang membintangi filem ini ialah zul handyblack, hasnul rahmat, hamdan ramli, mas muharni, bob lukman dan ramai lagi...filem ni memakan masa selama 86 minit..dan di klasifikasi kan sebagai 18PA..pada sesiapa yang meminati filem seram..jangan lepaskan peluang menonton filem ini yang akan ditayangkan pada 15 julai 2010..sokonglah filem tempatan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...