saat2 glory malaysia..!!


kite berjaya menutup 100,000 mulut peminat fanatik indon..tahniahhh!!!
pedulikan apa kata mereka..pedulikan layanan mereka kepada skuad kita..
pedulikan kalau kereta kebal yang skuad harimau muda naik untuk ke stadium..
sebab MALAYSIA kini adalah JUARA di ASIA TENGGARA..!! tahniah..!!!

sangat bangga dan terharu sebab lagu Negaraku berkumandang dengan gah nya
di stadium kebanggaan indon...! tahniah harimau muda sebab harumkan nama MALAYSIA!!

syabas harimau muda..!!

rase nyee masih belum terlambat aku ucapkan tahniah pada skuad harimau muda
 di bawah jurulatih ong kim swee..
sangat bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh skuad bawah 23 tahun ini..
bermain di atas padang selama lebih 100 minit dan
 diasak oleh pasukan lawan ternyata memberi tentangan sengit kepada pasukan malaysia..

oh harimau muda..!!
terima kasih sebab mengharumkan nama malaysia dan 
ternyata sekali pasukan kita semakin kuat di asia tenggara..

andainya..malaysia tak menjadi juara semalam..
aku masih lagi berbangga dengan harimau muda..sebab??
mereka bermain dengan sepenuh hati..
itu yang penting..!!


tahniah harimau muda..!!


tahniah ong kim swee..!!

aaaauummmmmmmmmmm~~

garuda tumpas!!


memandangkan semua orang tengah semangat bolaa..
aku nak ucapkan tahniah pada pasukan
harimau muda..

garuda kalah..!
kena lah terima hakikat...
pada mulanya aku pon tak sangka..
malaysia akan menang..

sebab memandangkan garuda ada kelebihan..
iaitu..
bermain di tempat sendiri..

cuma..
banyak yang kena diperbaiki oleh
pasukan malaysia...
kalo nak menang laa..!!

anyway..
syabas buat pasukan malaysia..
and to..
KHAIRUL FAHMI CHE MAT..
for doing ur best..
untuk memastikan gol malaysia tidak bolos..
oleh pasukan garuda..

go harimau muda...!!
aaauuummmmmmmmmm~~~

Tengku Mahkota Johor in love with Fazura..?



Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail menyertai dunia Twitter dengan dengan memegang handle @HRHJohor2.

Tapi apa yang best sangat2 nieh..adalah tweet pertama Tengku Mahkota Johor yang ditujukan kepada kekasihnya, aktres Fazura.

Tweet Tengku Mahkota Johor untuk kekasihnya, Fazura

TMJ sediakan for his beloved sweetheart Fazura..sambut anniversary dowang bersama...
Hadiah untuk Fazura dari Tengku Mahkota Johor

sangat sweet kan..semoga tuanku dan fazura kekal hingga akhir hayat..amin~~

zarina lagi??


 Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah mendedahkan telah menerima bayaran lumayan sebanyak AS$3400 (RM10,756) dari majalah hiburan terkenal negara jiran, FHM Indonesia untuk bergambar bagi majalah tersebut pada edisi Oktober yang lalu.

Menurut laman web hiburan terkenal, Oh! Artis.com, Zarina menerima tawaran tersebut kerana dia sememangnya meminati sesi ‘photoshoot’.



“I (saya) memang sukakan photoshoot (sesi bergambar),” katanya kepada laman web hiburan tersebut.Sebuah lagi laman web hiburan popular, Mediahiburan.com.my yang mendapatkan pelakon drama bersiri ‘Anak Pontianak’ itu secara eksklusif memberitahu bahawa Zarina bergambar seksi di majalah tersebut untuk mencari rezeki menampung kos sara dirinya.

“Saya perlu mencari duit untuk menanggung perbelanjaan hidup saya dan tawaran daripada majalah itu adalah satu cara untuk saya membuat duit,” kata Zarina kepada laman web tersebut.
Menurut Zarina lagi, dia tidak menyembunyikan perkembangan aktiviti seninya dan mendakwa pernah memberitahu sesi pergambaran tersebut kepada peminatnya melalui laman sosial Twitter miliknya.


“Saya tidak pernah menyorokkan hal ini daripada peminat saya. Peminat di Twitter tahu mengenai perkara ini lama sebelum hal sebenar tersebar,” jelas aktres itu yang sedang ditemui media di majlis pelancaran filem terbarunya, ‘Khon Malay’.

Di sebalik pelbagai kontroversi hangat yang sedang melanda dirinya, Zarina melahirkan rasa syukurnya apabila terpilih sebagai pelakon utama filem tersebut dan berterima kasih kepada pihak produksi yang masih mempercayai bakat lakonan yang ada padanya.


“Saya berasa bersyukur kerana masih mampu mencari rezeki di dalam bidang ini. Walaupun banyak terima penghinaan, ada pihak produksi yang masih percaya bakat yang ada pada saya. Betul kata ibu, doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan tuhan,” katanya di laman web hiburan yang sama baru-baru ini.

Mengakui pernah melakukan banyak kesilapan sebelum ini, Zarina turut menjelaskan bahawa dia rasa lebih selesa dengan dirinya sekarang dan tidak perlu berpura-pura lagi berhadapan dengan peminat industri hiburan tanahair.

“Saya akui, dahulu saya pernah melakukan kesilapan dan kerana kesilapan lalu, saya dihukum sehingga ke hari ini dan apa sahaja yang saya lakukan akan mendapat kutukan dan hinaan. Kini, saya lebih selesa menjadi diri saya sendiri dan tak perlu berpura-pura lagi,” katanya lagi.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...