mana satu calon SUAMI ku?

pernah kita bertanya pada diri kita..lelaki yang macam manakah kita nak untuk dijadikan suami..perlukah dia macam seromantik pelakon NORA ELENA atau segagah pelakon KL GANGSTER..atau mungkinkah setegas pelakon CINTA ELYSA..

mesti di kalangan kita mengidamkan pelakon 2 yang tampan di luar sana.macam aku ni..idamkan AARON AZIZ..haha..tengok laa gaya dia berlakon..dengan badan dia yang menawan kalbu..perghh! meleleh air liur kot..

tapi kalau nak mengikut syariat islam..kita kena la pilih first, agamanya dan seterusnya..tapi zaman sekarang..masih adakah yang masih berpegang pada syariat islam tuh??

marilah kita pilih a,b,c atau d...:

 A) KACAK..
~" aku nak laki aku nanti muka macam pelakon CINTA ELYSA tu.."
~ bukan kita yang tentukan samada bakal suami kita tu kacak,hensem dan bergaya.. bak kata nenek aku..yang kita nak tak semestinya dapat..lagipun, kekacakan atau kecantikan tu ka subjektif.. pernah kita tanya pada diri kita..sejauh manakah kekacakan atau kecantikan itu akan berpanjangan? kacak atau Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.



B) KAYA
~ kaya?? duit?? banglo?? BMW?? itu ke tiket jaminan korang untuk hidup bersama dia hanya sebab dia kaya??
sayangku..Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
C) KETURUNAN
~ada apa pada pangkat atau nama??bukannya boleh bawa sampai ke mati pon..
~Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun. Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.



D) CINTA

~cukup kita bahagia sampai ke akhir hayat hanya denga cinta sahaja..entah lah..aku pon tak pasti..tapi..bagiku sememangnya kita tidak akan pernah cukup dengan cinta akan menjamin kita bahagia..



untuk readers..tepuk dada..tanya selera..bakal suami yang macam mana kita nak..pentingkah semua ini..?  hanya anda ada jawapannya..

kek batek versi mary..


bahan-bahan

  1. buttercup 250g
  2. milo paket kecik
  3. susu pekat 1 cawan (1/2 cawa pun boleh)
  4. biskut marie (kalo bole jenama pesta)


cara-caranya adalah :

  1. masukkan buttercup ke dalam kuali..tunggu sampai cair...
  2. kemudian, masukkan air secawan...
  3. masukkan milo..tunggu sehingga menjadi likat.
  4. patah2 kan biskut marie dan gaulkan nya sebati dengan bancuhan milo..
  5. tutup api..
  6. masukkan ke dalam loyang dan mampatkan nya..
  7. sejukkan di dalam peti ais..
  8. siap untuk di makan..
senang kan? selamat mencubaa..~

buchek gendutsku..

nama dia muhammad shukor bin selan..aku teramat sayangkan dia dan untuk post kali ini aku khaskan untuk tatapan dia je dan kalau blogger n readers xsuke post aku kali ini..aku tak kisah pun..kalo orang tanya aku..



Q  :  kenapa engkau sayang sangat kat dia? apa ada pada dia?
A :  sebab dia tahu menilai kasih sayang aku,hormat semua keluarga aku dan yang penting dia bukan sekadar sayang aku tapi dia hormat aku..

dulu, aku tak reti nak menilai sejauh mana keikhlasan seorang lelaki sehinggalah aku berjumpa dengan dia..biar lah orang nak cakap dia OKU ke apa ke..aku tetap sayang dia..kenapa? sebab mungkin dia sahaja lelaki yang mampu menjaga aku..lantak laa dia OKU..yang penting,dia tak penah kurang dalam sayang kat aku..

pernah ke korang jumpe lelaki yang akan menangis depan korang bukan sebab kena marah atau sedih tapi sebab dia terlampau sayang kat kau..pernah? aku pernah...luluh hati aku melihat dia menanges.. " terima kasih sebab sudi terima b yang cacat ni.." rendah sungguh keyakinan dirinya..sayang, kalo b OKU pun..bb tetap cinta b..

kenapa korang nak pandang rendah pada OKU..dorang tu bukan manusia ke?

korang tak tahu bukan senang ada pakwe OKU.bukan komplen..tapi korank kena memahami golongan seperti ini..mereka sangat sensitif dengan setiap pandangan orang ramai pada mereka..pernah kesayangan ku bertanya padaku "yang,b pakai seluar panjang jee laa kuar ngan bb..nanti orang ckp apa plak tgk kaki b ini."
terus aku berangin..

kalo si gendut tu pakai seluar panjang..nanti orang laen tak tahu dia OKU..jalan pakai langgar je..kesian gendut..da laa dia kena jalan perlahan..

pada sume di luar sana..tolong laa jangan pada serong pada golongan kurang berkemampuan dan setiap fasiliti yang disediakan oleh kerajaan seperti parking utk OKU..jangan laa guna..biar laah ada isi hati perut sikit ye..jangan hanya sekadar melaungkan 1MALAYSIA tapi tidak mendalami ertinyaa..sekian~

saya da tunang??

saya dah bertunang..itu ayat penyata atau ayat soal ye?? sebelum itu..mari laa kite mendalami apa itu makna nye tunang? hamboi..macam bagi ceramah..kahkah..



TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Ehsan : iluvislam

hah..da faham apa itu tunang? hihi..ok laa tu kan .. janji kite buat yang termampu.. oh..nak tahu ke mariah aziz ni da bertunang? nak jadi artis laa..biarlah rahsia..!  (hhhaattuihh)


p/s: bukan kontroversi murahan yee..


apa kah itu?

assalammualaikum w.b.t..


memandangkan ramai yang bertanya aku..kenapa aku sakit? macam mane boleh masuk ICU..jadi aku yang tak berapa nak reti sangat tentang sakit ni..aku pon g laa cari kat en google..ok..kalo korank nak tahu..aku dimasukkan ke hospital pada bulan april 2011..berada di ICU selama 12hari dan wad biasa sahaja selama lebih 2 minggu..


macam mane bole kena? hm..punca nye datang dari sakit gigi yang teramat sakit..aku ni pon sebabkan takot nak jumpe doc gigi..aku tahan laa sakit ni selama 1 minggu..berbuih laa mulut2 kawan opis aku suh g jumpe doc..aku tetap keras kepala.xmau!! dan ingat lah kawan2 ku..sakit ni nampak remeh tapi bole bwk MAUT tau..


ok..aku nak kongsi..apakah itu LUGWIG AGINA?? ni info aku dapat dari www.infosihat.gov.my.. hihi



Abses - Gigi
Definisi
Abses gigi merupakan pengumpulan bahan-bahan yang dijangkiti (nanah) berpunca dari jangkitan bakteria di bahagian tengah (pulpa) gigi.

Penyebab, Kejadian dan Faktor Risiko
Abses gigi atau gigi bernanah sebenarnya adalah komplikasi kepada karies gigi. Ia juga boleh berlaku akibat trauma terhadap gigi (misalnya apabila gigi patah atau hancur). Enamel yang terbuka (berlubang) membenarkan kemasukan bakteria yang akan menjangkiti bahagian tengah (pulpa) gigi. Jangkitan boleh merebak dari akar gigi hingga ke tulang yang menyokong gigi.
Jangkitan menyebabkan berlakunya pengumpulan nanah (terdiri daripada tisu yang mati, bakteria yang telah mati atau masih hidup dan sel darah putih) dan pembengkakan tisu dalam gigi. Ini menyebabkan sakit gigi. Jika struktur akar gigi mati, sakit gigi mungkin hilang, tetapi jangkitan kekal aktif dan terus merebak dan memusnahkan tisu.
Gejala-gejala gigi bernanah
  • Sakit gigi.
  • Sakit gigi yang teruk dan berterusan.
  • Sakit yang berdenyut-denyut.
  • Sakit ketika mengunyah.
  • Gigi terasa sensitif kepada air sejuk atau panas.
  • Rasa pahit di dalam mulut.
  • Nafas berbau busuk.
  • Mungkin demam.
  • Kelenjar leher bengkak.
  • Rasa tidak selesa, tidak sihat atau tidak tenang.
  • Bahagian rahang bengkak (sangat serius).
Komplikasi gigi bernanah
  • Gigi tercabut.
  • Jangkitan merebak hingga ke tisu lembut (selulitis fasial, angina Ludwig).
  • Jangkitan merebak ke tulang rahang (osteomielitis mandibel atau maksila).
  • Jangkitan merebak ke bahagian badan yang lain menyebabkan abses serebrum, endokarditis, pneumonia atau gangguan-gangguan lain.
Langkah penjagaan sendiri
  • Untuk meredakan kesakitan, ambil ubat penahan sakit.
  • Jangan meletakkan serbuk aspirin di atas gigi. Aspirin akan melecurkan gusi dan memusnahkan enamel gigi.
  • Jangan minum minuman yang terlalu panas atau sejuk.
  • Jangan mengunyah gula-gula getah.
  • Elakkan makanan yang manis, pedas dan berempah. Diet dalam bentuk cecair mungkin perlu untuk 1 atau 2 hari sehingga kesakitan mulai hilang.
  • Berkumur dengan air garam suam setiap satu jam.
  • Berjumpalah doktor gigi walaupun sakit telah beransur-ansur reda.
Rawatan
Tujuan utama rawatan adalah untuk menyingkirkan jangkitan, mengekalkan gigi dan mencegah komplikasi. Antibiotik boleh diberi untuk melawan jangkitan. Berkumur dengan air garam suam dapat melegakan kesakitan. Ubat analgesik yang diperolehi dari kedai mungkin dapat meredakan sakit gigi dan demam. Jangan meletakkan aspirin betul-betul di atas gigi atau gusi kerana ia akan menambahkan kerengsaan pada tisu dan boleh mengakibatkan ulser mulut.
Pembedahan akar gigi mungkin disyor untuk mengekalkan gigi. Bahagian gigi yang rosak akan ditanggalkan bersama-sama bahagian tengah gigi termasuklah tisu saraf dan vaskular. Manakala bahagian akar dan permukaan gigi dikekalkan. Rongga yang terbentuk di dalam teras akan diisikan dan dibaiki. Bahagian atas gigi kemudiannya akan disalutkan dengan bahan penampal. Eksisi (penyaliran melalui pembedahan) bahagian yang bernanah atau mencabut gigi yang rosak mungkin perlu dilakukan.

Berjumpalah doktor sekiranya....
Anda menghadapi satu atau lebih masalah berkaitan sakit gigi seperti yang disenaraikan di bawah ini:
  • Sakit yang berdenyut-denyut atau berterusan.
  • Demam.
  • Sakit telinga.
  • Leher atau rahang yang sakit bila disentuh atau kelenjar yang bengkak di bahagian gigi yang sakit.
  • Merasa tidak sihat.
  • Nafas berbau dan/atau rasa pahit di dalam mulut.
  • Apakah sakit itu datang dan pergi atau hanya berlaku semasa makan atau minum?
 jadi..cegah sebelum lambat..insya-allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...