memandangkan ramai yang bertanya aku..kenapa aku sakit? macam mane boleh masuk ICU..jadi aku yang tak berapa nak reti sangat tentang sakit ni..aku pon g laa cari kat en google..ok..kalo korank nak tahu..aku dimasukkan ke hospital pada bulan april 2011..berada di ICU selama 12hari dan wad biasa sahaja selama lebih 2 minggu..
macam mane bole kena? hm..punca nye datang dari sakit gigi yang teramat sakit..aku ni pon sebabkan takot nak jumpe doc gigi..aku tahan laa sakit ni selama 1 minggu..berbuih laa mulut2 kawan opis aku suh g jumpe doc..aku tetap keras kepala.xmau!! dan ingat lah kawan2 ku..sakit ni nampak remeh tapi bole bwk MAUT tau..
ok..aku nak kongsi..apakah itu LUGWIG AGINA?? ni info aku dapat dari www.infosihat.gov.my.. hihi
- Sakit gigi.
- Sakit gigi yang teruk dan berterusan.
- Sakit yang berdenyut-denyut.
- Sakit ketika mengunyah.
- Gigi terasa sensitif kepada air sejuk atau panas.
- Rasa pahit di dalam mulut.
- Nafas berbau busuk.
- Mungkin demam.
- Kelenjar leher bengkak.
- Rasa tidak selesa, tidak sihat atau tidak tenang.
- Bahagian rahang bengkak (sangat serius).
- Gigi tercabut.
- Jangkitan merebak hingga ke tisu lembut (selulitis fasial, angina Ludwig).
- Jangkitan merebak ke tulang rahang (osteomielitis mandibel atau maksila).
- Jangkitan merebak ke bahagian badan yang lain menyebabkan abses serebrum, endokarditis, pneumonia atau gangguan-gangguan lain.
- Untuk meredakan kesakitan, ambil ubat penahan sakit.
- Jangan meletakkan serbuk aspirin di atas gigi. Aspirin akan melecurkan gusi dan memusnahkan enamel gigi.
- Jangan minum minuman yang terlalu panas atau sejuk.
- Jangan mengunyah gula-gula getah.
- Elakkan makanan yang manis, pedas dan berempah. Diet dalam bentuk cecair mungkin perlu untuk 1 atau 2 hari sehingga kesakitan mulai hilang.
- Berkumur dengan air garam suam setiap satu jam.
- Berjumpalah doktor gigi walaupun sakit telah beransur-ansur reda.
- Sakit yang berdenyut-denyut atau berterusan.
- Demam.
- Sakit telinga.
- Leher atau rahang yang sakit bila disentuh atau kelenjar yang bengkak di bahagian gigi yang sakit.
- Merasa tidak sihat.
- Nafas berbau dan/atau rasa pahit di dalam mulut.
- Apakah sakit itu datang dan pergi atau hanya berlaku semasa makan atau minum?


