katakan tidak pada suami panas baran..!


aku tidak pernah dapat boypren kaki panas baran..paling kuat pun encik gendut tu akan membebel..mula aku start drama air mta..haha..lepas tu dia diam laa sebab tak tahan tengok aku menangis..(alhamdullilah..) sayang jugak encik gendut tu kat aku..tapi topik yang ingin aku cakap ni sangat menyimpang dari encik gendut ku itu (tapi kalo sekali dia naek angin..takut gak aku..)

lelaki atau suami panas baran..tak kisah laa dia abang,adik,suami,ayah,bapak tiri..kalo da baran tuh memang baran gak..habis pinggan mangkuk dibaling nye..abes pecah pasu bunga kite..semata2 nak lepaskan geram dan amarah nye..pernah aku dengar..

"takpe laa kalo suami ko marah tak naek tangan kat badan ko..tu da kire untung tau dia baling barang2 je bile mengamuk.."

tapi kalo mule2 da baling2 barang..nanti lame2 naek tangan pula..? entah laa..dulu aku pernah tengok kawan aku kena tampar ngan bf dy..aieekk belum ada ikatan da naek tangan? tapi si sengal ni plak bile aku nasihat tak nak dengar..orang dilamun cinta laa katakan..aduuyaiii..



kadang2 bile kte dalam keadaan marah..kite tak sedar apa yang kite cakap..apa yang kita buat..sampai kan ada yang sanggup melepaskan marah pada anak sendiri.aduh..! tak kurang je ada yang baran tuh sanggup mengeluarkan kata2 yang kurang sedap di dengar pada isteri.. "bodoh! baBI..sial! " sudah naek lali didengar oleh si isteri..lepas tu, yang si bini ni plak nak lepaskan tekanan dia..dia marah pula kat anak dia..salah sikit je pukul budak tuh separuh mati..alaahai..kenapa perlu begitu? nanti bila anak tuh da besar..da meningkat remaja..mula laa ada gejala kurang sihat seperti dadah, rempit,rogol..aduh..

oleh itu, saya nasihat pada sume2 yang berada d luar sana..fikir dulu sebelum bertindak..tidak salah untuk kamu sebagai suami memarahi isteri tapi biar lah berpada2.. dan ingat lah kaum adam,

Jika kamu membuatkan wanita menangis. Tuhan mengira air matanya. Wanita berasal daripada tulang rusuk lelaki bukan dari kaki untuk dipijak, bukan juga dari kepala untuk disanjung, tapi dari sisi untuk di samakan tarafkan, di bawah tangan untuk dilindungi, dan dekat dengan hati untuk disayangi.:)


duit..harta..materialistik ke?


"duit sekarang..orang pun bole beli laa.."

"kalau setakat u ajak i makan kat gerai mamak..baik tak payah laa"


macam2 lagi yang dapat diperkatakan bila melibatkan tentang duit atau harta.. hilang segala maruah dan perasaan malu.. pentingkah duit sehingga seseorang itu boleh berubah menjadi materialistik...? persoalan yang sentiasa mendapat jawapwn yang berbeza dari semua orang..ada yang kata mesti la duit penting..sebab sekarang ni pun nak masuk tandas kena bayar 30sen..perghh..bayangkan kita tiada duit..mana nak kita buang air??

duit dan harta pun bole buat keluarga jadi kacau bilau..bergaduh adik beradik hanya kerana sebidang tanah..kalau macam ini di panggil materialistik ke?? habis tu, adik beradik n family ini tak berharga ke?? duit lagi penting ke...?

tak dapat aku nafikan duit memang penting..tapi jangan laa sampai boleh merosakkan hubungan kekeluargaan..duit boleh di cari tapi saudara mara?? di zaman teknologi tinggi ini memang tidak dinafikan duit adalah segalanya..

tapi haruslah kita ingat.duit tidak boleh membawa kebahagiaan pada kita..duit juga tidak boleh membeli maruah seseorang melaenkan orang tu terlalu mementingkan duet n harta..sehingga lupa maruah diri..

same2 laa kita menjaga diri kita..menjaga tingkah laku..insyaallah selamat dunia akhirat...duit bukan segalanyaa...!

encik hubby saya!!


perkenalan aku n mr hubby ku pada tahun 2008..masa itu, mak bawa aku ke kampung bakal suaminya di jelebu..kemudian, aku terserempak dengannya.. aku tanya pada mak.. "siapa itu?" mak jawab itu anak buah pakcik (merujuk pada bakal suaminya)..aku cuma mengangguk..oh..jadi dia lah bakal sepupuku dan insan yang sering mak aku sebut2 kan..

kemudian, aku berkenalan dengannya..lupa hendak aku bagi tahu..dia OKU..namun, aku tak kisah pun..lagi pun pada masa tu, dia sering berlawak denganku..happy nye! (aippp.! masa itu hanya antara abang dan adik je)..


macam mana aku boleh kapel dengan dia?? hm..aku paksa dia kapel dengan aku..haha..jahatnya kau mariah oii..!! masa aku rapat dengan dia..aku da ada pakwe..(auuuwww..cian encik hubby) lepas tu, aku putus ngan ex aku..kemudian, aku nampak layanan dia pada aku menyimpang cikit dari abang dan adik..macam loving2 gitu..hahaha..

aku pun apa lagi..PAKSA laa dia mengaku sama ada dia hanya anggap aku sebagai adik sepupu atau kekasih hati dia..
masa tu bukan main susah aku nak buat dia bukak mulut..
dan at last...aku menang.. dia mengaku.. "ye..saya sayang awak lebih dari sepupu.." aku pun apa lagi..meloncat laa..
hahaa..sayang gak encik hubby pada ku..kikiki..


kini..aku dah 2 tahun dan 12 hari menjadi kekasih hati muhammad shukor bin selan..hehe..

aku mencintai dia walaupun dia kurang upaya kerana padaku..aku mampu mengisi kekurangannya dan dia mampu mengisi kekuranganku..

pada sume blogger dan pembaca, doakan kami bahagia sehingga akhir hayat..dapat bersama secepat mungkin..insya-allah...

and to you; encik hubby,
i love u and i want to spend my lifetime to be ur wife..mother to your children..insya-allah sayang..hang on to me cos i will never let u go..


oh..ibu!!


"Ibu mengertilah Aku sengsara Lemas berendam Air mata Rendang kasihmu Dalam gelora Jadi rebutan Selamanya"


ni luahan aku..seorang anak sulung..seorang anak pada seorang insan yang bergelar emak..
kalau siapa yang tidak mengenali aku..mesti akan berkata....

"eeh..kurang ajarnya dia cakap dengan mak dia macam tu."

tapi fahamilah insan di luar mengapa aku bertindak sedemikian rupa..aku hanya seorang anak..yang hanya mahukan perhatian dari seorang emak dan kasih sayang tiada bandingannya..tidak membezakan sayangnya padaku dengan yang lain..

aku mengerti..emak menjaga aku masa di ICU..menangis ketika sedang melihat aku bertarung nyawa..namun,aku seolah-olah tidak dapat merasakan kasih sayangnya semasa aku sihat..semasa di rumah..kami jarang berborak..jarang berbual..apatah lagi mahu

bergurau senda..namun, aku bersyukur pada ALLAH..kerana sekurang-kurangnya
aku dapat merasakan kasih sayang seorang emak..

mak,seandainya mak membaca blog ini..akak mahu memohon ampun dan maaf atas setiap inici kesalahan akak pada emak..tidak terdetik di hati ini mahu menyakiti hati mak..
percayalah mak..akak nak lihat wajah kegembiraan mak yang dah lama hilang..

mak, pe yang akak cakap dulu, sekarang dan kemudian hari adalah luahan hati akak.. tapi bukan semua yang akak luahkan.. akak mungkin anak yang derhaka pada mak kerana sering kali menyakiti hati mak tapi akak sayang sangat pada mak..

mak, kalau mak tertanya kenapa anak-anak mak dah tak rapat ngan mak..mak kena ambil masa dan fikir..apa yang buat kami jarang dan tak rapat dengan mak..? mak, akak sentiasa doakan yang terbaek untuk mak..kebahagiaan mak..orang selalu cakap, doa anak yang baik dan solehah..cepat dimakbulkan ALLAH..tapi akak ni? yang sering buat mak marah..

mak, maafkan akak..halalkan segala makan minum akak.......
akak sayang mak!


hanya kerana GIGI...!



dari mana aku nak mula nie..aduhai..hmmm..last few months, aku terlantar sakit..sampai masuk ICU..hah ko! degil sangat..xnak g klinik..sume nye hanya kerana GIGI..hahah..pelik kan..
name sakit aku nie..lugwig agina (ehh! betol ke spelling aku nie??).. skang nak share gmbr2 aku mase kat hospital..hahaha





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...