duit..harta..materialistik ke?


"duit sekarang..orang pun bole beli laa.."

"kalau setakat u ajak i makan kat gerai mamak..baik tak payah laa"


macam2 lagi yang dapat diperkatakan bila melibatkan tentang duit atau harta.. hilang segala maruah dan perasaan malu.. pentingkah duit sehingga seseorang itu boleh berubah menjadi materialistik...? persoalan yang sentiasa mendapat jawapwn yang berbeza dari semua orang..ada yang kata mesti la duit penting..sebab sekarang ni pun nak masuk tandas kena bayar 30sen..perghh..bayangkan kita tiada duit..mana nak kita buang air??

duit dan harta pun bole buat keluarga jadi kacau bilau..bergaduh adik beradik hanya kerana sebidang tanah..kalau macam ini di panggil materialistik ke?? habis tu, adik beradik n family ini tak berharga ke?? duit lagi penting ke...?

tak dapat aku nafikan duit memang penting..tapi jangan laa sampai boleh merosakkan hubungan kekeluargaan..duit boleh di cari tapi saudara mara?? di zaman teknologi tinggi ini memang tidak dinafikan duit adalah segalanya..

tapi haruslah kita ingat.duit tidak boleh membawa kebahagiaan pada kita..duit juga tidak boleh membeli maruah seseorang melaenkan orang tu terlalu mementingkan duet n harta..sehingga lupa maruah diri..

same2 laa kita menjaga diri kita..menjaga tingkah laku..insyaallah selamat dunia akhirat...duit bukan segalanyaa...!

encik hubby saya!!


perkenalan aku n mr hubby ku pada tahun 2008..masa itu, mak bawa aku ke kampung bakal suaminya di jelebu..kemudian, aku terserempak dengannya.. aku tanya pada mak.. "siapa itu?" mak jawab itu anak buah pakcik (merujuk pada bakal suaminya)..aku cuma mengangguk..oh..jadi dia lah bakal sepupuku dan insan yang sering mak aku sebut2 kan..

kemudian, aku berkenalan dengannya..lupa hendak aku bagi tahu..dia OKU..namun, aku tak kisah pun..lagi pun pada masa tu, dia sering berlawak denganku..happy nye! (aippp.! masa itu hanya antara abang dan adik je)..


macam mana aku boleh kapel dengan dia?? hm..aku paksa dia kapel dengan aku..haha..jahatnya kau mariah oii..!! masa aku rapat dengan dia..aku da ada pakwe..(auuuwww..cian encik hubby) lepas tu, aku putus ngan ex aku..kemudian, aku nampak layanan dia pada aku menyimpang cikit dari abang dan adik..macam loving2 gitu..hahaha..

aku pun apa lagi..PAKSA laa dia mengaku sama ada dia hanya anggap aku sebagai adik sepupu atau kekasih hati dia..
masa tu bukan main susah aku nak buat dia bukak mulut..
dan at last...aku menang.. dia mengaku.. "ye..saya sayang awak lebih dari sepupu.." aku pun apa lagi..meloncat laa..
hahaa..sayang gak encik hubby pada ku..kikiki..


kini..aku dah 2 tahun dan 12 hari menjadi kekasih hati muhammad shukor bin selan..hehe..

aku mencintai dia walaupun dia kurang upaya kerana padaku..aku mampu mengisi kekurangannya dan dia mampu mengisi kekuranganku..

pada sume blogger dan pembaca, doakan kami bahagia sehingga akhir hayat..dapat bersama secepat mungkin..insya-allah...

and to you; encik hubby,
i love u and i want to spend my lifetime to be ur wife..mother to your children..insya-allah sayang..hang on to me cos i will never let u go..


oh..ibu!!


"Ibu mengertilah Aku sengsara Lemas berendam Air mata Rendang kasihmu Dalam gelora Jadi rebutan Selamanya"


ni luahan aku..seorang anak sulung..seorang anak pada seorang insan yang bergelar emak..
kalau siapa yang tidak mengenali aku..mesti akan berkata....

"eeh..kurang ajarnya dia cakap dengan mak dia macam tu."

tapi fahamilah insan di luar mengapa aku bertindak sedemikian rupa..aku hanya seorang anak..yang hanya mahukan perhatian dari seorang emak dan kasih sayang tiada bandingannya..tidak membezakan sayangnya padaku dengan yang lain..

aku mengerti..emak menjaga aku masa di ICU..menangis ketika sedang melihat aku bertarung nyawa..namun,aku seolah-olah tidak dapat merasakan kasih sayangnya semasa aku sihat..semasa di rumah..kami jarang berborak..jarang berbual..apatah lagi mahu

bergurau senda..namun, aku bersyukur pada ALLAH..kerana sekurang-kurangnya
aku dapat merasakan kasih sayang seorang emak..

mak,seandainya mak membaca blog ini..akak mahu memohon ampun dan maaf atas setiap inici kesalahan akak pada emak..tidak terdetik di hati ini mahu menyakiti hati mak..
percayalah mak..akak nak lihat wajah kegembiraan mak yang dah lama hilang..

mak, pe yang akak cakap dulu, sekarang dan kemudian hari adalah luahan hati akak.. tapi bukan semua yang akak luahkan.. akak mungkin anak yang derhaka pada mak kerana sering kali menyakiti hati mak tapi akak sayang sangat pada mak..

mak, kalau mak tertanya kenapa anak-anak mak dah tak rapat ngan mak..mak kena ambil masa dan fikir..apa yang buat kami jarang dan tak rapat dengan mak..? mak, akak sentiasa doakan yang terbaek untuk mak..kebahagiaan mak..orang selalu cakap, doa anak yang baik dan solehah..cepat dimakbulkan ALLAH..tapi akak ni? yang sering buat mak marah..

mak, maafkan akak..halalkan segala makan minum akak.......
akak sayang mak!


hanya kerana GIGI...!



dari mana aku nak mula nie..aduhai..hmmm..last few months, aku terlantar sakit..sampai masuk ICU..hah ko! degil sangat..xnak g klinik..sume nye hanya kerana GIGI..hahah..pelik kan..
name sakit aku nie..lugwig agina (ehh! betol ke spelling aku nie??).. skang nak share gmbr2 aku mase kat hospital..hahaha





terlalu lama menyepi...

lamanya dah tak update my lovely blog..haha..sekarang aku mnjalani hidup sebagai seorang yang
sudah bekerja.haha..penat letih sumenya ada..kaang2 terlalu rindu kan zaman aku belaja di kolej dulu..tapi macam mana nak buat..family aku bukan nya macam family orang laen..hm..skunk aku dlam kategori single..haha..entah mana silapnya aku sendiri pon xtau..mungkin ini dinamakan jodoh..macam mana engkau cube teguhkan hubungan ini pon..kalau da xda jodoh..tetap xda jodoh gak kan..so apa boleh aku katakan..aku dan dia memang xda jodoh..hidup aku macam biasa..terlalu complicated untuk aku cakap kan tapi ini lah idup aku..hmm..aku rindukan kawan2 aku di kolej..rindukan sume yang prnah hadir dalam idop aku..ntah la..aku berharap semoga ada ruang n masa untuk aku berjumpa dowank..hehe..k..la...till then..arioss..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...