saranghae..!


aku tak tahu nak mulakan macam mana..kalo laa cinta ni dapat aku ukirkan..pasti dia akan tahu seluas langit inilah cintaku untuk dia..kalo laa air lautan ini dapat di kira..pasti dia tahu sedalam mana cinta aku pada dia..kalo laa pasir pantai itu dapat di hitung pasti dia tahu sebanyak mana rindu ini untuk dia..namun, sayangnya...sedalam mana pun cinta ini untuk dia..pasti dia tidak akan mengerti..kerana baginya menyintai ku adalah suatu penyeksaan baginya...tiap saat aku mengharap dia kembali di sisi ku namun sayang..aku hanya bermimpi di siang hari..sesungguh nya cinta ini milik dia sorang...andai ini yang sudah tersurat di sebalik suatu kebahagiaan..aku terima walaupun cinta ini sangat perit buatku...aku akan tunggu dia....

suatu petang...

hari ini aku keluar bersama dengan sepupu2 aku..remy (adik aku)..dan MUHAMMAD SHUKOR SELAN..kami semua menuju ke terminal 2 seremban sebab nak tengok cite zoo..dan ini kali pertama remy tgk wayang..excited giler adik aku..ahaha...terhibur tengok dia..abes je cite zoo..owg sume kuar laa..remy sibuk lambai kat owg..pas tu jerit.."bye! bye!" adoyai..adik2..! ahaha.. kemudian kami menuju ke salah sebuah restoran yang pernah muncul di rancangan jalan2 cari makan..NASI ARAB DAMSYIK! sedap beb..kite owg order nasi yang dihidang dalam dulang ngan ayam seekor...kemudian air mango lessi..hah ko! kekenyangan aku di buatnyaa..best sangat! movie ZOO memang lawak dan sesuai untuk membawa keluarga pergi menonton..tapi ada beberapa cikit kekurangan namun suatu percubaan yang bagus dan aku sentiasa menyokong industri perfileman malaysia..banyak lagi movie2 yang best....dan lepas ni aku nak tengok cite TWILIGHT ECLIPSE..ahahaa..xsabarnyee......pe2 pon aku nak wish thank you so much to MUHAMMAD SHUKOR SELAN kerana sudi melayan karenah aku dan adik aku nie..to FENDI and MAS sebab sudi bawa naek kete..ahaha...such a wonderful evening!

cinta dalam D.I.A.M..!

sukar kita nak ungkap apa itu cinta? ada banyak jenis cinta..cinta sesama jenis..cinta pada yang Esa..cinta pada lelaki atau perempuan..dan pelbagai lagi..namun aku hingga kini masih mencari cinta..tipu lah kalo aku cakap aku tak pernah cinta seseorang tu dalam diam..pernah..namun tak pernah sekali pun aku luahkan..takot? semestinya..kalo laki tu reject aku macam mana? malu dan mungkin dia takkan terima aku lagi2 kalo ada orang yang dia suka..hm..susah sebenarnya cinta pada orang yang kita cinta dalam diam...pada siapa yang alami nya mesti tau mcm mane rasanye....

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja
..

lagu: cinta dalam hati.
nyayian: ungu....

cinta dalam diam memang perit..lagi2 orang yang kita cinta bahagia di hadapan mata kita..namun kita kena kuat semangat dan sentiasa berdoa agar orang yang kita cinta tu sentiasa bahagia dan selamat..cinta ini tidak semestinya memiliki......

suami isteri dan dot..dot..dot....


eish..topik kali ini agak susah untuk aku tulis sebabnye..aku tak ada lagi pengalaman berkahwin dan masih lagi bujang..apa aku nak kongsi kat sini sejauh manakah sesuatu hubungan itu? aku dah saksikan ramai pasangan yang sudah berumah tangga..syukur ke hadrat ilahi...ketika zaman hang tuah dulu..kahwin bukan sahaja mengeratkan silathurrahim malah menyebarkan agama islam..indah sungguh perkahwinan itu..di zaman nenek aku pula..dah pandai masak,kemas rumah dan sebagainya..hah..terus lah kahwin..kenal suami pun mase malam pertama..namun, alhamdulillah kekal sehingga hujung nyawa..indah..indah..sekarang pula..kenal punya laa lama..tunang setahun dua..cerai 3 4 tahun lepas tu..masya-allah..sesungguhnya, ALLAH tidak suka akan penceraian..bukan aku nak mengata atau menyindir orang lain tapi ini juga berlaku pada mak dan ayahku..wahai si suami dan si isteri, jangan laa bergaduh sehingga menyebabkan penceraian.. kasihanlah pada anak-anak..secara tidak langsung, penceraian ini akan menjejaskan hubungan kekeluargaan anda...sungguh aku cakap kerana inilah yang berlaku padaku dan adik-adik.. kahwin itu terlalu indah untuk diungkapkan walaupun aku belum berkahwin..tercipta laa pertalian kekeluargaan itu..indah berseri dengan kehadiran anak..namun, aku tidak mengerti mengapa cerai itu sudah menjadi trend di zaman yang canggih ini..? lihat sahaja artis2 di MALAYSIA..masya-allah....kahwin ini bukannya nak menunjuk siapa dapat hantaran paling mahal tapi untuk kita hayati dan nikmati perkahwinan itu..semoga kita saling ingat mengingati antara satu sama lain dan elakkan penceraian..ingatlah anak-anak anda....

tips untuk tidur yang lenaa...zzZZzz


aku nak kongsi ngan korank sume tentang tido yang lena..yea laa..skarang kn musim world cup...aku ni pon jadi susah lak nk tido..ahahaha..mari laa praktik kn tips ni agar tido kite akan menjadi lebih lenaa...


1. Tidur pun kena ikut jadual - kalo korank da biase tido pukul 10 malam..jadi amalkan selalu..agar menjadi kebiasaan dan mudah tuk korank tido...heheh..(tido pon ada JADUAL)..

2. Jangan melakukan senaman pada waktu malam kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih cepat and korank mesti tidak boleh tidur. (senam waktu siang k..)

3. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur. korank hanya boleh mengambil makanan ringan sahaja dan seeloknya berhenti makan 2 jam sebelum tidur.

4. Jauhi minuman yang ada kafein 5 hingga 6 jam sebelum tidur.

5. Bagi korank yang bekerja waktu pejabat, Biasakan tidur pada waktu malam sahaja. Ambil rehat satu jam maksimum pada waktu siang dan jangan tidur selepas pukul 3 petang.

6. Pastikan bilik tidur anda mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Jika boleh, biarkan tingkap terbuka sedikit untuk membolehkan udara masuk.

7. Sebelum tidur, mandi menggunakan air suam, baca buku atau mendengar muzik kegemaran yang bernada lembut.

8. Cuba sapukan krim pelembab pada bahu, leher dan kaki untuk meredakan tekanan pada siang harinya.

9. kalo boleh minum susu suam atau teh sebelum korank tido..

10. gunakan bantal yang lembut....pastikan korank selesa untuk tido..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...