Tajuk Novel : biar laa rahsia dulu.. hihi

Aku dikurniakan keluarga yang bahagia.. Ada mama,papa and si kembar.. tak ada yang lebih mengembirakan aku selain berada di sisi keluargaku.. 


Perkenalkan si kembar yang selalu membuliku.. Aizat Adzlan dan Aishah Adzlan..

ni la kakak dan abang kembarku.. Kalau tak membuli aku sehari memang tak sah bagi dorang namun aku bersyukur mereka sentiasa menurut kehendak aku.. biasa lah aku kan anak bongsu..hihihi

Adzlan dan Sofia adalah ibu bapa kandungku.. Well mesti korang nak tahu kan kenapa aku kelihatan macam cina... sebab mama kesayangan aku ni seorang mu'alaf.. Chewah.. dah macam ice breaking kat kolej laa pulak..

cehh!! aiek mana pulak 2 ekor monyet ni pergi??

Senyap je rumah ni... Oh! may be family aku kena culik kot... wait!! what culik?? oh no...!! "superman! batman!! help me.. family aku kena culik.." jeritku di tengah ruang tamu..memang macam budak kecil.. hahaha.. 

Aishah keluar dari dapur dengan muka toya... haiiiyahh.. ape kena laa ngan minah sewel ni.. pagi2 da menjerit panggil superman laa..batman laa...sewel!! aku memandang aishah...

"where have u been sis.. ingat kan kena culik laa tadi..."

aishah menggeleng memandang satu2 nya adik yang dia ada.. sah2 sewel minah ni.. ape laa nasib dapat adik sewel..
" no where my dear alyaa.. kami tengah sarap kat dapur..tu laa lain kali jangan bangun lambat...kan da sewel kepala otak.." da start membebel pulak nenek kebayan ni.. ni yang aku nyampah ni..Mama pun tak macam tu.. huhhh! 

Sofia keluar melihat kedua-dua anak daranya.. mesti gaduh laa tu.. eish2.. bila laa nak berbaik..
"lyaa..kenapa menjerit pagi2 ni?? terkejut mama.." sofia pergi ke arahku... hah! nasib baik mama aku jadi peguam bela tak rasmi..

Aishah memandang mama.. hah...tu baru peguam bela bersuara.. belum juri dan hakim lagi... aihhh!
"she was shouting because she thought that someone want to kidnapped us,ma.." jelas aishah.. Aizat yang baru saja menjejak kaki ke ruang tamu tergelak mendengar.. 

Aku merenung tajam Aizat.. jahat laa abang ni.. bukan nak back up aku.. gelakkan lagi ada laa..
Mama pun turut sama tergelak.. aiih.. Alyaa.. Alyaa..nak kata tak pandai da sampai degree da... hm... macam mana lah dia boleh fikir sampai macam tu sekali..

"lyaa tak nak makan?? mama buat donut.. u love it dont u??"

Donut?? yes...! my favourite..haha.. ni yang buat aku sayang sangat kat mama tapi kalau mama tak buatkan pon aku tetap sayang..hihi

"bang..teman adik sarap.." aku memujuk aizat..memang dah jadi tabiat aku.. kalau makan je.. mesti nak ada orang teman dan yang selalu jadi mangsa aku adalah Aizat Adzlan..

Aizat pantas bangun meneman adik kesayangannya tu.. sapa tak sayang adik oii.. lagi2 adik ada seorang je.. walaupun aishah kategori adik tapi entah mengapa dia paling sayangkan Alyaa... sampai kan semua awek yang pernah abang ada minta putus sebab jeles melihat kemesraan Aizat kat aku...

Sewel ex awek Aizat tu.. Dengan adik kandung pun nak jeles...

aku tersengih melihat muka toya aishah.. ni lagi satu sewel.. Abang manjakan aku pon nak jeles... huhhh!
"wait!!!" jerit aishah.. kesemua memandang aishah yang menjerit tetiba.. meroyan ke?? choii!! mulut u! berkerut aku memandang aishah yang tersengih macma kerang busuk..

"lyaa.. abg hairi ajak sis kuar tengok wayang.. n u know the rules right??" 

oh yes my dear sis! i know the rules.. entah apa2 syarat entah yang encik adzlan tu buat.. ada ke patut kalo si kembar tu nak pergi dating kena bawak aku... adoii.. patut laa Aizat tak ada awek..

aku menonong pergi ke dapur.. malas!

lagi2 si hairi yang miang tu.. kalau pandang aku macam nak terkeluar bijik mata.. macam mana laa aishah pilih lelaki... Akak kembarku kejar sehingga ke dapur.. Aizat sekadar memandang..

"please dear.. u know papa kan..mesti tak kasi sis keluar dengan hairi kalau adik tak ikut sis..." aishah tak putus memujukku...

aku mengunyah donut.. wat dunno je ngan minah ni..kang berhenti laa tu kalau dah penat tapi... nenek kebayan mana ada berhenti membebel..

adoii..parah aku ni..

p/s: coret aku yang karut marut ketika bosan..haha.. will be continue~ (laku ke jadi novel??)

Sugar Gliders as Pets : The Drawbacks of Sugar Glider Ownership



sharing is caring..untuk semua pencinta SG..hehehe....

sugar glider?? apa tuh?

well..memandangkan aku ni teramat minat sangat kat sugar glider.. aku nak cite serba sedikit tentang sugar glider.. haiwan ni teramat sangat cute.. adorable.. manja.. sweet sangat.. misi aku adalah untuk memujuk hati encik tunang dan memujuk dia belikan aku seekor sugar glider (SG)..

memandangkan encik tunang ni sangat baik hati.. dia suruh aku research dulu tentang SG nih.. aku pon dengan pantas membuat research dan banyak dah aku 'temu bual' dengan penjual2 SG nih..

for your information, haiwan ni sangatlah cute akan tetapi korang kena tahu selok belok dalam penjagaan SG dan yang paling penting, kalo korang tak da masa nak bela dan jaga SG. please jangan bela sebagai pets korang..sebab.... haiwan ini boleh mati kesunyian.. (mungkin jugak sebab SG membiak dalam satu koloni yang besar)


apa itu sugar glider??

Haiwan eksotik jenis gliding marsupial kecil. Sugar Glider ni tak da kat malaysia. Ia hanya ada kat area Australia, New guinea,Tasmania dan jugak kat pulau pulau di Indonesia.Walaupun asal sana tapi kat Malaysia SG ni tetap boleh hidup dan membiak.

Kat Malaysia memang ade pelihara sugar glider ni, tapi tak la ramai sangat mungkin sebab haiwan ni bukan dari negara ni. Haiwan ni terkenal sebagai haiwan peliharaan yang bersaiz poket sebab saiz dia yang kecik dan comel. SG ni bukan tupai terbang  tapi jenis macam kanggaroo sebab yang betina ada kantung kat perut.SUGAR GLIDER AKTIF PADA WAKTU MALAM DAN MENGHABISKAN MASA WAKTU SIANG DENGAN TIDUR.

NAMA MEREKA BERASAL DARI DUA CIRI-CIRI YANG JELAS IAITU MADU MERUPAKAN PILIHAN UTAMA MAKANAN MEREKA DAN MEMPUNYAI MEMBRAN YANG DI SEBUT PATAGIUM UNTUK DIGUNA SEBAGAI PELUNCUR .




bagaimana pulak dengan rupa SG??


SAIZ SUGAR GLIDER DEWASA DARI KEPALA HINGGA BADAN SEKITAR 5 HINGGA 6 INCI PANJANG DENGAN EKOR LEBIH PANJANG DARI BADAN BAGI MEMBANTU KESEIMBANGAN DAN MELUNCUR . BERAT MEREKA BAGI SG JANTAN SEKITAR 100G – 130G DAN SG BETINA SEKITAR 90G

KITARAN HIDUP SG DI ALAM LIAR ANTARA 5-7 TAHUN DAN SG BOLEH HIDUP SEHINGGA 12-15 TAHUN JIKA MEREKA MEMPUNYAI DIET DAN PESEKITARAN YANG BAIK. TETAPI BIASA SG DI AMBIL SEBAGAI HAIWAN EKSOTIK HANYA MAMPU HIDUP SEKITAR 6-8 TAHUN DAN BIASANYA DISEBABKAN POLA PERMAKANAN YANG BURUK DAN RAWATAN YANG TIDAK MENCUKUPI.

BIASANYA SG BERWARNA KELABU ATAU KECOKLATAN DENGAN GARIS HITAN YANG PANJANG SEHINGGA HUJUNG BELAKANG SG DAN HUJUNG EKOR SG BERWARNA HITAM. BAWAH BADAN SG BERWARNA KRIM. 

SG MEMPUNYAI MATA YANG MENONJOL SEPERTI KEBANYAKAN HAIWAN BERJAGA MALAM AGAR DAPAT MELIHAT RUANG YANG LUAS. SG MEMPUNYAI 5 JARI KAKI DEPAN/BELAKANG DAN KUKU YANG TAJAM . SG MEMPUNYAI PATAGIUM YANG BERSAMBUNG DIANTARA PENGELANGAN TANGAN DAN KAKI AGAR MEMBOLEH SG MELUNCUR.


SG JANTAN 
*BAU INI TIDAK DAPAT DILIHAT JUKA SG BERADA PADA HABITAT YANG BERSIH , DIET YANG BETUL DAN KESIHATAN YANG BAIK
*SG JANTAN AKAN MENGALAMI TANDA BOTAK PADA DAHI DAN DADA
*ZAKAR SG JANTAN BERCABANG YANG BERMAKSUD TERBAHAGI DUA DAN IA SERING DISALAH ANGGAP SEBAGAI CACING
*SG JANTAN MATANG PADA USIA 4 – 12 BULAN AKAN MULA MUNCUL TANDA BOTAK DI DAHI MEREKA
 

SG BETINA
 *SG BETINA MEMPUNYAI POKET (POUCH) SEPERTI KANGGARU DAN KOALA
 *SG BETINA BIASA MATANG PADA USIA 8-12 BULAN.
 *PADA MUSIM MENGAWAN SG BETINA AKAN MENGELUARKAN BAU UNTUK MENARIK SG JANTAN.

 

yess..i'm engaged~

assalamualaikum...

dah lame aku tak update blog..malas?? mungkin..hehe..sebenarnya aku tak ada masa nak tulis..mungkin jugak aku dah hilang idea..anyway..sepanjang aku tak update blog aku, aku sebenarnya sibuk dengan majlis pertunangan aku pada 1 Januari 2012 ang lepas..hehe..

da jadi tunang orang rupanya...! alhamdulillah..semuanya berjalan lancar walaupun ada yang kurang..al-maklumlah..kita ni manusia biasa..tak da sapa yang sempurna...

perasaan menjadi tunang orang?? mestilah happy sangat..tapi kadang2 bila difikirkan balik..jadi seram pulak..yea laa...ada tanggungjawab yang menanti kite kan.. jaga makan minum suami kite.. jaga pakaian dia.. hmm....

 memang laa syok bila hubungan kita sudah terikat... tapi jangan lupa...tanggungjawab menanti kite..

with my bff : kron, farah and ainnur...

hantaran aku untuk encik shukor...hehe..
comey x??

with my aunt : kak kusha, kak shila, kak cuya, kak zura and ieka..
thanks for helping.. luv u alotssss...heheh

hantaran saya..

with mak and ayah shukor.. lepas sarung cincin..

with my future in-laws...

after make over gitu~~

apa nak jadi??


kisah si gay tuh pon lum settle..
kuar lak gambar pasal couple ni..
duk sibuk berciom di laman sosial FB...

apa nak jadi dorang ni..
tak malu ke??

hisshhh...
memalukan agama..bangsa dan negara lah!!
semoga mereka cepat berubah..
amin~~

fasha sandha nak kawen???


betul ke fasha sandha nak kawen?
ngan sape lak nih??
adakah ARIL dalam drama cinta elysa??


huhuhuhu~~
entah laa..

sumber : rotikaya

akhirnyee...


post kali ini..

aku dedicated to my future fiancee..

insya'allah..


bukan nak cite pasal ombak rindu..

aku just nak lagu tema je..

khas untuk shukor selan..


tak sia2 perkenalan aku bersama dia..

selama 4 tahun lebih..

setiap hubungan..

pasti ada pasang surutnye..

macam aku juaa...


tapi..

alhamdulillah...

kami melangkah setapak untuk hidup bersama..

jodoh aku dengan dia juaa akhirnye..


nanti aku update sepanjang tempoh...

dari saat ni sampai laaa...

aku jadi 50% hak milik kekal..

kepada insan yang bernama..

muhammad shukor bin selan..

insya'allah..


doakan yang terbaek untuk kami berdua...

amin~~


kisah Apek si Penjaga Gol...!


KUALA LUMPUR – Penjaga gawang gol skuad Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex hari ini mencabar mana-mana pihak yang menyebarkan kandungan Blackberry Messenger (BBM) yang memburuk-burukkannya agar tampil membuktikan kebenaran mereka.

Apex yang dihubungi oleh sebuah lama blog hiburan terkenal, Oh! Bulan, lewat tengahari tadi berkata, memang benar beliau mengenali Shida Harmi, namun perkenalan dan hubungan antara mereka tidak lebih dari sekadar kawan biasa.

“Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh,” tegas Khairul Fahmi.
“Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa.

“Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke,” jelas Apex panjang lebar.


Apex melahirkan rasa kesalnya dengan cubaan pihak-pihak tertentu yang cuba mencalarkan reputasinya ketika dirinya cuba memberikan fokus 100 peratus terhadap latihan dan perlawanan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu yang akan datang.

“Saya kesal apabila diri ini kerap dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang tidak henti-henti. Sesetengah orang di luar sana tidak henti-henti mencari kesalahan saya.

“Kalau cerita seperti ini keluar, memang tak menang tangan saya nak jawab panggilan telefon. Apa pun, saya perlu fokus kepada perlawanan akan datang. Game makin dekat ni!,” tegasnya.
Selain itu, beliau turut hairan tentang bagaimana gambar-gambar tersebut boleh jatuh ke tangan media dan yakin bahawa ia bukanlah dihantar oleh Shida Harmi sendiri.
“Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh. Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas,” katanya lagi kepada laman web yang sama.

Walaupun dihimpit pelbagai kontroversi yang tidak enak didengar, Apex tetap menjanjikan persembahan yang terbaik di setiap perlawanan agar semangat Harimau Muda sentiasa tersemat di kalangan peminat bola sepak tanahair.
 sumber: ohsyok!

P/s: ada sesetengah blogger berpendapat bahawa kisah apek bersama shida tak patut didedahkan di laman gosip kerana boleh mematahkan semangat peminat bola sepak negara..aieek?? takkan minat tengok bola sebab apek je?? bukan sebab mutu kualiti dia bermain ke? or sokong MALAYSIA ke?? lagipon, kalau tak dedahkan..lama2 peminat tahu jugak..tak gitu?? hm..pandai2 sendiri lah..hm..~~

OMG!! apek dengan pompuan laen??

kenal khairul fahmi che mat..? ala penjaga gol harimau malaya tuh..
amboi..jejari ni macam lancar je nak menaip pasal mamat sorang nih...
sedang aku mem'fokus'kan diri mencari web yang menawarkan 
pakej2 pertunangan yang berbaloi..

aku ternampak 1 laman web ni..
mengeluarkan kisah panas si kfcm dengan seorang pompuan..
eh! tak kan ngan laki kot..

well..bukan dahlia teck ye sayangku...tapi.....


who is this?? nak tahu ke??

aku malas nak komen lanjut pasal mamat ni..kalo bab game bola sepak..aku memang salute dia nih..tapi kalo bab macam nih...ntah laa der..sendiri mau jawab laa..~~

klik di sini ye :  situ..sana..sini...

marah pun agak2 lah der!!

nabila huda marah bekas suami dia?? amboii..nak canang bagi sume orang tahu ker cik senah oii..??



bukan itu je....ada lagi nih..haaduiii....




apa2 je lah nabila huda oi..asalkan kamu bahagia..

Anang and Ashanty bakal berkahwin..?

ehem..dulu kan kecoh yang konon nya..Anang bekas suami kepada Krisdayanti tuh bercintan cintun dengan pasangan duet nye iaitu Ashanty..betul ker?? 


alamak aii siah oi...nanti cik timah siasat ye.. hahah~





JAKARTA: Komposer dan penyanyi, Anang Hermanshah sah melamar pasangan duetnya, Ashanty ketika mereka bercuti di Beijing baru-baru ini. 
Hal itu diakui oleh Ashanty sendiri kepada wartawan di Jakarta, semalam.
“Syukur, akhirnya dia melamar saya. Selepas ini, akan ada orang yang akan melindungi saya,” kata Ashanty. 
Menurutnya, Anang memberikan cincin lamaran ketika mereka berada di atas kapal pesiaran bersama-sama Aurelle dan Azriel, anak Anang hasil perkahwinannya dengan Krisdayanti.
Dalam pada itu, pasangan itu dijangka berkahwin bulan depan. 
“Insya Allah, tahun ini. Harap semua bersabar. Saya pasti akan memberitahu tarikhnya sedikit masa lagi. “Ini sudah tentu berita baik dan kerana itu ia akan diumumkan supaya tidak timbul lagi tanda tanya,” kata Anang. 
Baik Anang mahupun Ashanty enggan memberi bayangan mengenai tarikh perkahwinan mereka.
“Persiapan sudah dilakukan. Hanya tinggal untuk diumumkan tarikhnya,” kata penggubah lagu itu. - Detik
sumber : hmetro 


apa2 pun cik timah doakan dorang happy selalu..hilang tumbuh patah berganti..


tak gitu cik senah??? hahaha~~

sempena awal muharram..


alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi..aku masih bernafas di bumi  ini Ya Allah..
Ya Allah..
Maha pengasih dan Maha penyayang...
Kau berkatilah hidup kami..
Kau murahkanlah rezeki kami..
Kau lindungilah kami dari segala bencana..
Ya Allah..
tiada Tuhan yang disembah melainkanMu..
Ya Allah...

aku bersyukur..
alhamdulillah.......
kepada sahabat handai..
kaum keluarga serta..
seluruh muslimin dan muslimat..

aku hamba Allah yang tidak berdaya ini..
memohon sejuta ampun..
andai ada salah dan silap..
terlanjur kata...
terkasar bahasa...
ampunkan aku..

semoga awal muharram kali ini..
kita dapat menginsafi segala perbuatan kita..
dan...
bermaafanlah kita sesama umat Islam..
buang yang keruh..ambil yang jernih..
amin~~

wanita pertama masuk syurga..

Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.
Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.
Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.
Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.
Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.
Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.
Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.
——————————————–
Dari kisah yang aku ceritakan di atas, korang dapat lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini dan taatlah serta berbuat baiklah kepada suami korang, nescaya korang akan diredhai oleh suami. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan korang sekarang di sisi Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami korang.
Ingin aku titipkan juga di sini suatu ayat yang pernah aku dengar yang bermaksud:
Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.
Renung-renungkahlah wahai kawan-kawan.

teringat kekasih lama?

aku buka youtube tadi..
kemudian sengaja dengar lagu...
someone like you by adele..
kemudian secara tibe2...

aku teringat kat kekasih lama..
merangkap..
first love aku...
adoiii..!
(nak kena sekeh ek??)

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"
Yeah.

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

p/s: lagipun dia dah nak kawen..so aku harap dia bahagia..dan aku pun bahagia bersama encik gendut..!
yang berlalu..biarlah ia pergi...kan?? (tetibe jiwang plak!)

lelaki penggal kepala kucing..

waa~~ kenapa manusia sekarang semakin kejam..ada ke ptot penggal kepala kucing..!!
bak sini kepala 'kecik' ko..aku potong..baru ko tau..sakit ke tak..opss~~



cuba korang tengok nih..! mesti korang sedey kan terutama peminat2 kucing..masya'allah~

mariah nak kahwin?


secara jujurnya..
sapa kat sini tak nak kawen..angkat tangan..!
aku nak kawen..tapi zaman sekarang nih..
hantaran pun da capai belasan ribu ringgit..
alamak!!

dah berbuih dah aku cakap kat
puan patimah (nenek ku)...
buat apa nak mahal2 kawen...
tapi....
biasa laa orang tua2 nih...

sekarang ni..
dalam kepala otak aku..
nak kawen secepat mungkin..
bukan nak mengatal ye kawan2....
tapi...

kalo aku tak kawen secepat mungkin..
harga barang akan semakin mahal...
dan.
bila semakin mahal.....
alamatnyaa..sampai ke tua je laa..
baru aku kawen..
hahahahha~~~



so..what u have to do mariah!!!
kumpul duit...
adooiii.!

orang singapore suke bunuh diri??

aiek..betul ke ?? entah laa cik bedah oi..aku pon tak tahu sejauh mana kesahihan nya..

EMPAT atau lima orang dilaporkan cuba membunuh diri di Singapura setiap hari. Sekurang-kurangnya seorang berjaya. 
Doktor dan pekerja sosial perubatan berkata mereka yang cuba membunuh diri kini merebak di kalangan lebih muda, lapor The Straits Times. 
Harian itu menyebut Ketua Perkhidmatan Sosial Perubatan, Hospital Besar Singapura (SGH), Esther Lim sebagai berkata masalah itu pernah menjejas orang-orang tua saja, tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini ia merebak di kalangan mereka dalam usia 30-an dan 40-an.
Bagi mereka, penyebabnya biasanya adalah perhubungan yang gagal dan hutang yang besar, kata beliau. 
Kadar percubaan bunuh diri ini berdasarkan maklumat hospital. Hospital lebih besar seperti SGH dan Hospital National University (NUH), berkata mereka menangani satu kes sehari. Hospital kecil seperti Hospital Khoo Teck Puat menangani kes itu selang sehari.

petikan : kosmo! online 

yuna : kewibawaan AIM terjejas..

 KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.


“Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan.



“Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Harian Metro difahamkan RIM dijadualkan mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kesilapan teknikal yang berlaku itu pada petang ini. “Saya diberitahu mengenai kesilapan itu dua hari lalu,” kata Yuna.



Pada AIM18 yang berlangsung 12 November lalu Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai diumumkan pemenang Lagu Terbaik menerusi singlenya, Penakut.




Selain Lagu Terbaik, pada majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf karya terbaik karyawan muzik tempatan itu, Yuna turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara.


Yuna berkata, kesilapan yang berlaku akan menyebabkan ramai pihak akan hilang keyakinan terhadap RIM dan penganjuran AIM itu sendiri.



Menurutnya, lebih membimbangkan kemenangan bagi kategori lain dimenangi penggiat muzik tempatan turut dipertikaikan kerana mungkin kesilapan berlaku. Katanya, sejak awal lagi dia mengikuti segala syarat diberikan RIM untuk mempertandingkan karya dihasilkan dalam AIM, terutama membabitkan pencalonan karya dihasilkan harus 100 peratus anak tempatan.


Syarat ditetapkan juga menyebabkan albumnya tidak dipertandingkan kerana tiga daripada lagu dihasilkan dikatakan tidak layak kerana ia untuk pasaran luar.



“Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan.



“Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pihak melihat apa yang berlaku sinis dan kelakar. Apatah lagi penganjuran AIM membabitkan dua entiti besar iaitu RIM sendiri dan jabatan audit diiktiraf,” katanya.



Kata Yuna lagi, sebenarnya sewaktu diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik, dia sudah berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kerana syarat untuk memenangi anugerah utama itu, lagu dihasilkan dan didendangkan haruslah menjuarai kategori dipertandingkan.



“Ketika majlis sidang akhbar perkara sama turut ditanya wakil media, bagaimanapun pihak penganjur mengatakan untuk kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik dinilai juri berbeza. Perkara itu sudah dimaklumkan dan semua pihak faham.



“Saya sendiri akur dengan penjelasan itu memandangkan untuk tahun ini ada beberapa perubahan dari sudut syarat dibuat RIM mahupun Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi),” katanya.

sumber : hmetro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...